Saturday, December 10, 2011

Belajar

Anak-anak mestilah menetapkan matlamat yang betul, iaitu belajar bersungguh-sungguh. Kalau tidak, anak-anak akan menghampakan ibubapa anak-anak. Pernahkah anak-anak bayangkan, betapa susahnya ibubapa kamu menghantar kamu ke sekolah daripada kecil, mereka sanggup menghabiskan wang ringgit untuk membeli peralatan tulis dan pakaian kamu untuk ke sekolah. Segalanya merupakan pengorbanan besar ibubapa yang tidak menginginkan apa-apa daripada anak-anak, cuma mereka mahu anak-anak belajar bersungguh-sungguh di sekolah. Ingatlah belajarlah bersungguh-sungguh demi masahadapan anak-anak......

Rasulullah s.a.w bersabda: “Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa, dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.” [Riwayat al-Tirmizi

Monday, December 5, 2011

Amalan Mulia

Wahai kawan,
Ingatlah semua,
Jangan lupa amalan mulia,
Hormat yang tua,
Sayang yang muda,
Bantu membantu antara kita,
Hidup pasti aman bahagia.

Thursday, October 20, 2011

Kelebihan Bulan Zulhijah

Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa baginda s.a.w bersabda, “Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.
Amalan yang dianjurkan padanya
1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadis menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi s.a.w.: “Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan syurga”.
2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari Arafah. Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ia adalah pilihan Allah seperti yang dinyatakan di dalam sebuah hadis qudsi, “Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang.
3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah s.w.t yang bermaksud, (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah. Sebab itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis Ibnu Umar r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya, “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)”.
4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.
5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut.
Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun kecil tetapi ia lebih disukai oleh Allah dibandingkan pada hari-hari lain. Begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikategorikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).
6. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah.
Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zuhur hari raya haji (10 Zulhijjah), semuanya berakhir sehingga waktu Asar pada hari ke-13 Zulhijjah.
7. Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunah Nabi Ibrahim a.s. setelah Allah s.w.t mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.
8. Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya, dan di dalam riwayat lain : “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban.
Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah, maksudnya, (Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Mekah) itu sampai ke tempatnya).
Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.
9. Setiap muslim hendaklah berusaha menunaikan solat hari raya secara berjemaah, mendengar khutbah oleh imam selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya.
Sepatutnyalah kita mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini. Ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan. Janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan maksiat, kesombongan, pertengkaran dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan kebaikan yang dikerjakannya sebelum itu.
10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya.

Dear husband

“Love her …when she sips on your coffee or tea. She only wants to make sure it tastes just right for you.

Love her…when she “pushes” you to pray. She wants to be with you in Jannah (Paradise).

Love her…when she asks you to play with the kids. She did not “make” them on her own.

Love her…when she is jealous. Out of all the men she can have, she chose you

Love her…when she has annoying little habits that drives you nuts. You have them too.

Love her…when her cooking is bad. She tries.

Love her…when she looks dishevelled in the morning. She always grooms herself up again.

Love her…when she asks to help with the kids homework. She only wants you to be part of the home.

Love her…when she asks if she looks fat. Your opinion counts, so tell her she’s beautiful.

Love her…when she looks beautiful. She’s yours so appreciate her.

Love her…when she spends hours to get ready. She only wants to look her best for you.

Monday, October 17, 2011

Stress

“Repeat often ‘Laa hawla wa laa quwwata illa billaah, it cures 99 illnesses the least of them is stress.”

Friday, October 14, 2011

LOVE

TO LOVE SOMEONE IS NOTHING,
TO BE LOVED BY SOMEONE IS SOMETHING,
TO BE LOVED BY SOMEONE YOU LOVE IS EXCITING,BUT....
TO BE LOVED BY ALLAH IS EVERYTHING!!!

Love Your Parent

Love your parents. We are so busy growing up, we often forget they are also growing old.

Sunday, September 25, 2011

Kneels to Allah

"The shortest distance between a problem and its solution is the distance between your knees and the floor. The one who kneels to Allah can stand up to anything."

Learning

Learning is not learning unless it is practiced.

Food for thought

Holding to anger is like grasping a hot coal with the intent of throwing at someone else -- you are the one who gets burned. For every minute you remain angry you give up sixty seconds of peace of mind. If a small thing has the power to make you angry, does that not indicate something about your size.

After death...

"There are six things that a Muslim believer can be profited by after his death: A righteous child who seeks forgiveness for him. The Holy scripture which will be recited from. A well which he had dug (for the benefit of people). The tree which he had planted. The charity of water that he had caused to flow. A good tradition which will be followed (by people) after him."

Be kind to your parent

"Do treat kindly your parents so that your children do the same to you

Keep Smiling

Smile is a language of love,
Smile is a source to win heart,
Smile is a name of lovely mood,
Smile create greatness in personality
So keep smiling. :)

Saturday, September 10, 2011

Why our prayers are not answered

One day Ibrahim Adham was passing through the bazaar in the city of Basra when he was surrounded by people who said to him: "O Ibrahim! Allah has stated in the miraculous Qur'an that: "Call Me and thou shall be answered"; we call upon Him bout our prayer is not answered."
Ibrahim said: "The reason is because your hearts have died due to ten things so that your supplications have no sincerity as your hearts are not pure and free of contamination."
They asked: "What are those ten issues?" He replied:
01- First and foremost you have accepted Allah but have not repaid His claim.
02- You have recited the miraculous Qur'an but have not practised it.
03- You profess your love of the Prophet of Allah (S.A.W.), but are opposed to his Household (A.S.).
04- You claim to have enmity with Satan but in practice you are in agreement with him.
05- You say that you are fond of heaven but in order to enter heaven you have not done anything.
06- You said that you were afraid of the Fire of Hell, but have thrown your bodies in to it.
07- You were busy slandering and criticizing people but were ignorant of your own shortcomings and faults.
08- You said that you didn't like the world but are greedily following it.
09- You confess to the reality of death but don't prepare yourself for it.
10- You have buried the dead but haven't taken a lesson or guidance from it.

Wednesday, August 24, 2011

Be my friend

Don't walk behind me; I may not lead. Don't walk in front of me; I may not follow. Just walk beside me and be my friend.

Islam

The best of earnings is a good sale.

“The good believer is one who is best in attitude.”

“The good jihaad is the jihaad of the one who strives against his own self (jihaad al-nafs) for the sake of Allah.”

“Read the Qur’aan throughout every month.”

“Read the Qur’aan, for it will come and intercede for its readers on the Day of Resurrection.”

“Pray to Allah to keep you safe and sound.”

“Most of the sins committed by the son of Adam are sins of the tongue.”

“Repeat often ‘Laa hawla wa laa quwwata illa billaah, it cures 99 illnesses the least of them is stress.”

Tuesday, August 23, 2011

Friend

"In good times, in bad times I'll be on your side forever more, that's what friends are for."
- "That's what friends are for"
"To fall in love is a disease, and the only cure for it is to marry the one whom one has fallen in love with" -ibn Qayyim

Wednesday, August 17, 2011

Small Things Matter

We say a simple Salaam to anyone, we’re rewarded..
We smile at someone, we’re rewarded..
We treat someone with kindness, we’re rewarded..
We pray in Masjid with Jamaah, we are rewarded 27 times more than those who pray alone..
We begin anything with Bismillaah, that action of us is rewarded..
We end our activities with Alhamdulillah, we’re also rewarded..
We think of doing a good deed, we’re rewarded..
We control our temper, we’re rewarded..
We eat and drink with our right hand, we’re rewarded..
We pray for forgiveness and health for our fellow Muslims, we’re rewarded..
We forgive, we’re rewarded..
We think positive towards Allah and other people, we’re rewarded..
We keep our promises, wer’re rewarded..
We seek knowledge for the benefit of others, we’re rewarded..
We share knowledge to others in need, we’re rewarded..
We walk towards the Jum’ah prayer, our each step is very greatly rewarded..
We take wudhu’, we are rewarded..
We treat our mothers and fathers with humbleness, kindess and respect, we’re greatly greatly rewarded..
We bring Allah to rememberance, we’re rewarded..
So why do we withhold our reward ?

Kecantikan

Beauty doesn’t last forever, what lasts forever is good character and obedience to Allah ta’ala – for if we train our limbs now to obey Him, it will be much easier for us when we grow older.
Source: zuuloves

Monday, August 15, 2011

Sabar

When you're tempted to lose patience with someone especially your student, think how patient God has been with you all the time.

Thursday, August 11, 2011

" If Allah loves a servant, He will test him. When the servant is patient, he will be turned into a selective ones and ... ... if he is thankful he would be purified -from the teachings of Prophet Muhammad "
“When you stand for the prayer, make the takbir and then recite what you can from the Qu’ran. Then bow until you attain calmness and then come up again until you are standing straight. Then prostrate until you attain calmness in your sitting, and prostate until you attain calmness in your prostration. Do that during all of your prayer.” - Prophet (SAW)

Tuesday, August 9, 2011

KSSR/PBS Tahun 1

Zaman telah berubah....transformasi pendidikan telah bermula... Hai...pening betul tentang tahun satu ni...Mula-mula awal tahun buat perubahan .....bergegas-gegas kita menyiapkan fail dan bahan pbs... Tap tup....bulan Jun/julai ni....hai ...ubah pula cara..suruh pulak tukar fail .... bahanpun kena ada kod pulak....Huru hara lagi cikgu Tahun Satu....pening kepala... dalam kebingungan tu pulak....orng nak datang pantau...Hai entahlah nasib..nasib....
Diharap lain kali jika nak buat sesuatu perubahan besar janganlah tergesa-gesa.... Buatlah perancangan dengan teliti...kaji betul-betul sediakan guru latih betul-btul barulah berhasil dengan sempurna...taklah kelam kabut orang bawah macam kita ni....

Thursday, June 9, 2011

Cuti Sekolah

Cuti sekolah banyak kerja nak dibuat di rumah yang paling utama mengemas rumah yang selalu tiada kesempatan semasa sesi persekolahan....almaklum selalu sibuk aje dengan buku-buku...Tapi alhamdulillah beres...Jalan-jalan ...ah tiada ke mana menarik kecuali ke Singapura beberapa hari di rumah adik di sana...

Saturday, May 21, 2011

Bengkel SSQS

Hari ini menghadiri bengkel Pemangkin Kelompok SSQS. Penceramah Encik Azhar bin Md Ali
Belajar simple aje ...asas pengunaaan ICT...... Tetapi sebenarnya kebanyakan guru SKTP dah pandai-pandai belaka..... Bagaimanapun ada juga simple things yang kita tak tahu atau dah terlupa agaknya....

Ada banyak pula permintaan dari rakan-rakan supaya saya mengajar mereka cara nak buat blog..... InsyaAllah boleh..apa salahnya berkongsi ilmu. Saya ni bukan pandai sangat banyak belajar dari anak...yang lebih advanced... Dulu kecik2 kita ajar dia sekarang kita pula belajar dari dia....oklah tu...Tapi bila pula nak cari masa yang terluang semua penuh aje.....busy... Tak lama lagi boss nak bersara...adalah nak celebrate untuk mengenang jasanya yang rasanya memang banyak tu.....Sekarang ni pengerusi Kelab guru Sdra Raja tu sibuk sekali.....
Selamat Hari Guru kepada rakan-rakan semua





Tahun ini entah apa nasib tuhan nak bagi rezeki dapat pula hadiah "Tokoh Guru" hai kawan-kawan dok mengundi .....terima kasihlah semua... atas sokongan anda....rasa-rasanya tak layak. Ada ramai yang lebih layak tu.... tetapi agaknya kerana dah 20 tahun di SKTP ...kot...